Wednesday, September 15, 2010

Lata Tembakah


Wah syok nyer....inilah pertama kali datang ke Lata Tembakah di besut, Terengganu.. tempat tersebut memang sesuai untuk bermandi-manda,tenangkan fikiran dan bersantai bersama keluarga....air nyer yang jernih lagi mengasyikkan mata memandang.....bukan sahaja jernih tapi dapat menyejukkan badan apabila mandi di sana... saya ke sana pada hari raya ke 5 setelah diajak oleh rakan untuk bersantai di sana... bukan sahaja tempat untuk bermandi-manda tapi juga tempat yang sesuai untuk melakukan aktiviti lain seperti perkhemahan dan juga disediakan chalet bagi pengunjung yang ingin merasai suasana yang menenangkan di sini...

chalet


menyusuri jambatan



jalan yang disediakan




air yang jernih











chalet untuk disewa

Saturday, August 21, 2010

Pasar Tani

Pasar Tani merupakan pasar yang menjual barangan hasil dari kampung...
Pasar Tani biasanya menjual pelbagai jenis barangan keperluan harian iaitu barangan basah, kering serta tanaman...
Antara barangan yang dijual di situ adalah hidupan laut,hidupan sungai, daging ayam, daging kambing, daging lembu, sayuran, buah - buahan serta tanaman....
Barangan yang dijual amatlah segar dan bermutu
Biasanya Pasar Tani di sini dibuka pada setiap hari khamis dan sabtu... bertempat bersebelahan Perpustakaan Awam...dan dibuka dari seawal pagi hingga tengahari....

Pokok Bunga

Sayuran

Suasana Pasar Tani

Buah Cempedak & Duku

Buah nenas

Pelbagai sayuran


Petai

Ikan Sungai

Buah Betik

Ikan Laut


Bawang & Rempah Ratus


Tanaman

Pokok Bunga

Sunday, August 8, 2010

Masjid Terapung

wow...menarik dan unik...itulah kata-kata yang akan diungkapkan oleh seseorang yang pertama kali melihatnya...iaitu Masjid Tengku Tengah Zaharah atau lebih dikenal sebagai Masjid Terapung....
 Masjid ini dipanggil Masjid Terapung oleh penduduk di Kuala Terengganu kerana masjid tersebut betul-betul didirikan di atas air....dan tambah menarik masjid tersebut berdekatan dengan lagun Kuala Ibai yang merupakan taman untuk beriadah bagi seisi keluarga...






Lagun Kuala Ibai

Pesisiran lagun

Perkhidmatan Kereta Kuda

Mengelilingi lagun


Pesisiran Pantai

Lagun

Air surut