Saturday, June 26, 2010

Resepi Laksa Terengganu (kuah masak)

Bahan-bahan
laksa biasa (kalau yang segera,rebus terlebih dahulu)

Bahan untuk kuah:
ikan selayang (lebih baik ikan kembung) - dikisar santan
gula melaka
kerisik
rempah gulai bunga rose
asam keping
minyak masak utk menumis
garam (secukup rasa)
gula
cili boh(dikisar)
bawang merah (dikisar)
bawang putih (dikisar)
halia (dikisar)
lengkuas(dikisar)

Bahan untuk ulaman:
bunga kantan
kacang panjang
taugeh
timun
daun kesum

Sambal Belacan:
cili merah
belacan
garam

Cara membuat:
ikan direbus dan kisar isi ikan (buang tulang)
panaskan minyak terlebih dahulu, kemudian tumiskan bahan yang dikisar sehingga naik bau dan pecah minyak
kemudian masukkan santan, gula melaka, kerisik, asam keping, isi ikan, gula dan garam
masak sehingga kuah pecah minyak serta naik bau
akhir sekali hidangkan laksa dengan letakkan kuah, ulaman serta sambal belacan

Pakaian Bundle(terpakai)

Sudah banyak cerita mengenai makanan yang saya ceritakan...tetapi kali ini saya ingin menceritakan tentang barangan bundle (terpakai) pula....
Gerai Bundle
Pelbagai pilihan pakaian


Pelbagai gerai



Gerai Bundle pakaian lelaki






dahulu bundle tidak digemari oleh kebanyakkan pengguna kerana dikatakan barangan yang sudah dipakai.. tetapi kini bundle sudah mendapat tempat di hati pengguna lebih-lebih lagi anak muda masa kini yang mementingkan jenama dan fesyen...malah pelbagai golongan juga sukakan barangan bundle....mereka tidak memilih, asalkan sesuai dan selesa dipakai oleh mereka.... disebabkan barangan bundle sudah banyak di jual di merata tempat, saya ingin memperkenalkan satu tempat yang banyak menjual barangan bundle...barangan bundle ini hanya dijual pada hari jumaat sahaja di pantai teluk ketapang... kebanyakkan penjual bukan sahaja datang dari Terengganu malah ada yang datang dari luar negeri Terengganu...ini menjadikan tempat tersebut mempunyai banyak pilihan barangan bundle...bukan sekadar pakaian bundle, tetapi ada juga menjual barangan lain seperti kasut dan beg bundle..harga barangan yang dijual adalah berpatutan dan harga boleh ditawar lagi mengikut keadaan dan jenama pakaian tersebut...

Friday, June 25, 2010

Pagi yang indah di Bukit Besar

wah...syoknya bangun pagi..hehehhehe... sebenarnya berat mata ini untuk dibuka kerana hari minggu lebih syok tidur lama.....tetapi oleh kerana anda semua..saya gagahkan diri juga untuk memperkenalkan satu tempat yang best untuk bersenam dan menghayati pemandangan pagi iaitu di Bukit Besar... sebenarnya banyak lagi tempat yang menarik untuk bersenam tetapi Bukit Besar menjadi tempat tumpuan orang ramai untuk bersenam, termasuklah saya juga....tempat tersebut menjadi tumpuan di hari minggu..pelbagai lapisan masyarakat yang datang..dari kanak-kanak hinggalah dewasa....bukan setakat senaman di atas Bukit Besar sahaja, tetapi kepada pengunjung yang tidak dapat mendaki bukit boleh juga bersenam di taman yang terletak di seberang jalan Bukit Besar... di situ pengunjung dapat menggunakan alat senaman yang disediakan dan yang lebih menarik, terdapat aktiviti senaman aerobik... pengunjung dapat bersama-sama membuat senaman aerobik ...bagi yang menyukai tempat senaman di Bukit Besar ini bolehlah kunjunginya pada bila-bila masa kerana bukan hanya terdapat pada waktu pagi tetapi pengunjung juga dapat membuat senaman di waktu petang....

Senaman Aerobik
Menyusuri Bukit Besar



Tempat rehat sementara

Indahnya pemandangan

Pemandangan kawasan Bukit Besar



Berehat di atas Bukit Besar

Laluan jalan Bukit Besar


Puncak Bukit Besar












Thursday, June 24, 2010

makan lagi....

Post  pada kali ini menceritakan tentang makanan lagi...memang tidak puas kalau sebut pasal makanan.... ada-ada sahaja yang ingin diperkatakan...semalam merupakan malam minggu bagi penduduk pantai timur....kalau hari minggu akan ada tempat yang ingin dikunjungi oleh saya sekeluarga..salah satunya di "Waterfront" di Pulau Kambing... tetapi tempat tersebut bukan sebuah pulau..jangan salah faham pula....tempat tersebut terletak di bandar Kuala terengganu dan betul-betul di tepi laut....di situ ada terdapat taman permainan, tempat memancing, medan selera dan terdapat juga hotel Felda di situ....
yang ingin diceritakan pada post kali ini adalah mengenai tempat makan yang menjadi pilihan oleh saya di sana.... tempat makan tersebut dikenali sebagai Zie Corner...di situ terdapat makanan barat dan melayu tetapi lebih kepada makanan barat....menu yang sering dipesan oleh saya sekeluarga biasanya spagetthi, chicken chop, beef steak, dan pencuci mulut pancake plain....minuman juga mempunyai pelbagai pilihan.... banyak lagi menu yang menarik dan sedap di sana..... tidak tahu macam mana hendak saya gambarkan kerana makanan di situ memang enak, lazat....di situ bukan sahaja menjadi tempat makan tetapi tempat untuk berbual dan lepak kerana suasananya yang tenang dan ceria di tepi laut....pelbagai lapisan masyarakat yang gemar mengunjungi tempat tersebut... harga makanan dan minuman yang berpatutan memyebabkan tempat tersebut menjadi pilihan orang ramai.....gambar di bawah antara menu yang menjadi pilihan saya sekeluarga....
mushroom soup & bread

omelette cheese

spaghetti

minuman

chicken chop

pancake plain (sudah makan separuh)

jalan - jalan cari makan


  
SOTONG CELUP TEPUNG
semasa melayari internet, tiba - tiba terlihat satu menu yang sudah lama saya idam- idamkan mahu menikmatinya, iaitu sotong celup tepung.....uuuuuuuuuu memang "sodap" lah (sedap) jikalau menikmatinya semasa hidangan masih panas kerana tepung sotong tersebut masih lagi garing....
seingat saya,kali terakhir menikmati sotong celup tepung pada tahun lepas di kampung Pangkalan Maras, Batu Rakit yang betul - betul menghadap ke pantai. penduduk kampung di situ juga kebanyakkanya adalah nelayan...teringat lagi semasa menikmati sotong celup tepung di kampung tersebut.....wuuuuuuuuuuuu "sodap" nya... sampai tidak ingat waktu semakin cepat berlalu..... tapi kali ini saya hanya membungkus sahaja kerana mahu menikmatinya bersama famili di rumah.....di situ terdapat beberapa menu lain seperti keropok goreng,udang celup tepung,mee goreng,ikan celup tepung......dan minuman yang sering di pesan oleh orang ramai adalah "air nyor" iaitu air kelapa.....selain "air nyor" terdapat juga air batu campur,air batu cendol dan sebagainya......
bukan hanya terdapat satu gerai sahaja  di situ tetapi terdapat juga beberapa buah lagi gerai yang menjual menu yang sama di situ.....ini membolehkan pengunjung dapat membuat pilihan gerai yang hendak dikunjungi....harga yang dikenakan juga berpatutan.....jadi mari "pakat" (bersama) kunjungi  ke kampung Pangkalan Maras ini...rugi kalau tidak kunjunginya.....saya sudah kunjungi..anda bila lagi...

Tuesday, June 15, 2010

makanan yang best




kali ini saya ingin ceritakan antara makanan yang enak, lazat, sedap dan dalam bahasa inggeris disebut "delicious" di Terengganu ini.....

kalau sebut saja soto di Terengganu pasti penduduk di daerah Kuala Terengganu tahu di mana hendak cari..... sudah semestinya di kampung Gong Kapas... tetapi kalau hendak membeli makanan di sana hendaklah cepat kerana di sana hanya menjual pada waktu pagi sahaja dan soto tersebut cepat habis.....akan tetapi jangan risau kerana soto juga ada dijual pada sebelah petang di medan selera yang berhadapan dengan Sekolah Menengah Sultan Sulaiman.....selain soto terdapat juga menu lain iaitu mihun soto dan juga mee jawa....

Sunday, June 13, 2010

kenali ganu

terengganu merupakan negeri yang terletak di pantai timur....
terengganu lebih dikenali sebagai negeri pesisir air kerana dikelilinggi oleh pantai dan sungai

oleh sebab itu juga terengganu memiliki banyak pulau.....kebanyakkan pulau pula menjadi destinasi utama pelancongan....pulau-pulau tersebut adalah Pulau Kapas, Pulau Perhentian, Pulau Redang serta Pulau Duyong...
tetapi Pulau Duyong tidak seperti pulau lain kerana Pulau Duyong terletak betul-betul di tengah jambatan Sultan Mahmud....Pulau Duyong juga menjadi destinasi pelancongan bagi pelancong dalam dan luar kerana mempunyai tempat penginapan, pembuatan kapal dan yang utama sekali merupakan tempat perlumbaan kapal layar yang dikenali "Moonsun Cup" diadakan setiap akhir tahun......
JAMBATAN SULTAN MAHMUD

JALAN MENUJU KE PULAU DUYONG